Recent Posts

sudi lah klik ni eh :)

Thursday, September 15, 2011

My 1st Spagethi Bolognese utk jiran bertuah -:)

entry ni nak menunjukkan yang selama hidup 32 tahun, baru 1st time masak sendiri spagethi bolognese ni... huhu

asyik makan orang punye jer, so try la buat sendiri apalagi jiran tetangga nak serbu beraya...

diorang baru mesej petang tu kata nak raya, so tak kan lah hidang kuih raya je kan...

so duk pening kepala fikir nak masak apa yang simple, asyik mee goreng je so nak try la lain sket...


timbul la idea masak spagheti ni... 
walaupun tak penah try before, bedal je lah...


oleh sebab kesuntukan masa, so masak serentak la..
sebelah rebus spagethi dan sebelah masak kuah tomato tu...

abaikan mangkuk di tengah, itu sambal kacang utk hero kecik makan dgn nasi impit...
tak de kena mengena dlm ini cerita...hihi


Bahan-Bahan:
2/3 paket spaghetti (ikut la berapa ramai yang nak makan)
1 paket daging cincang Ramly
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dicincang lumat
4 biji buah tomato dicincang
1 biji carrot dipotong dadu
1/2 biji capsicum hijau + merah + kuning
3 sudu mentega (butter)
Garam secukup rasa

actually sya reka resepi sendiri so saya letak beberapa sudu cili kering yang siap di kisar sebab nak pedas, kami ni hantu pedas so memandai je lah ubah resepi sebenar...

then, letak jugak sebotol Sos Spagethi Kimball... iyelah nak 100% resepi sendiri takut tak jadi lak, so tetap harap pertolongan resepi instant...hehe 


Cara:

Spaghetti direbus. 
Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. 

Untuk kuah:
Panaskan periuk dan cairkan mentega. 
Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. 
Kemudian masukkan bawang besar serta cili kisar dan kacau. 
Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. 
Masuk juga carrot serta capsicum dan tunggu hingga lembut.
Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. 
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.



saje suka-suki letak capsicum...cukup ada 3 kaler...
nak lagi best patut tambah cendawan butang tapi lupa lak nak beli...
dah siap masak baru terasa kekurangan nye...

Tips lain :

Minyak zaitun boleh diguna utk elak spaghetti daripada melekat. 
Caranya - spaghetti yang dah ditos airnya, renjis minyak zaitun ke spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.


begini cara nye...
eleh, semua org dah tahu sebenarnya... aku je yg terhegeh-hegeh baru nak buat...huhu


saya guna minyak zaitun asli dlm tin kecik ni..
kebetulan mmg ada di rumah sebab mak belikan masa gi Mekah dulu...

klu tak, mahu terperap je minyak zaitun ni sbb tak tahu nak buat apa...hehe



dah siap dan served,
lagi cantik kalau di simpul spagethi tu bentuk cam sanggul siput..
tapi tak sempat nye...



ni kuahnye hampir siap, sekali rasa pedas lak...
so kena tambah air dan gula sket utk kurangkan pedas tu...
hihi



kuah pun ready.. agak cair sbb nak adjust pedas tu.. huhu
ampun kan lah utk 1st timer buat kan...pasni kena betul2..

nak hidang kat jiran so gigih la siap hias dgn daun parsley tu...hehe


beli daun parsley ni sebundel tapi guna buat hiasan sket je...
dah lebih byk ni tak tahu nak buat apa... huhu

patutnya nak lagi cantik, spagethi kena tabur dengan parmesan cheese yang di parut...
tapi lupa lagi... next time kena ingat betul2...


oleh sebab 1st time buat, so kena la test makan dulu sebelum serve ke jiran..
sapa lagi kan...confirm la hero besar dan kecik jadi sasaran...

baba makan siap bertambah... then dia puji sedap...legaaaa...
Rayyan pun makan laju then cakap, "mama masak apa ni? sedap la"...
ekeke, sib baik... pelik sbb mama dia tak penah uat sebelum ni..

tapi Rifqi makan sket je sebab pedas...



dah siap semua...
kami pun kelam kabut siapkan meja, kemas dapur then solat sebab lepas magrib diorang nak datang...

tepat kul 8 dah dgr diorang bagi salam...

ramai gak lebih kurang 5 families.. mak aiii.. takut lak tak cukup..


alhamdulillah, spagethi mencukupi dan dapat sambutan...
 
jiran saya terkejut sebab sya hidang makanan sebab mereka baru cakap petang tu nak datang beraya dan tak expect saya balik keje leh sempat masak semua tu...hehe, 
biasalah, i kan supermak... ececeh, perasan!

actually mereka beramai datang tu bukan sekadar beraya tpi sebab nak buat perbincangan sekali...

lorong kami sepakat nak buat Open House besar-besaran...
so nak set kan masa, menu dan harga...


ni bukan di rumah saya tapi rumah Kak I...
lepas raya rumah sya, kami gerak ke rumah Kak I plak...
kat sana sambung bincang lagi dan Kak I hidang mee goreng... makan lagi...hihi

ni yang pompuan bincang pasal menu..
yang lelaki lak duk tempat lain bincang pasal khemah...



best tak jiran saya?
sya kena lebih ramah mesra lepas kena sound macam di entry dulu..

dan malam tadi serta malam ni pun kami akan buat konvoi raya beramai-ramai sepanjang lorong..

mmg terbaek la diorang ni... sungguh mesra alam  -:)





31 cute peeping tom :):

wahida said...

mmg bagus kalau dapat jiran mcm ni..

aku pun seumur hidup belum pernah buat spagetti..haha!! asyik mkn spagetti luar je...

Cik Ina Do Do Cheng said...

WAH RAJIN NORIZ. MESTI JADIK KENA YAKIN PADA DIIRI SENDIIRI. LENKALI NORIZ BOLEH GUNA TOMATO PURI JE, YANG PENTING NORIZ ADA DAUN TYHME ATAU HERBA CAMPUR BUH SIKIT JE.

PinKy MoMMa said...

best kalau dapat jiran baik kan :)
kite pun rasa senang nak duduk situ..saling menghormati boleh dibawak berpakat hehe..teruskan..

nak rasa kamu nyer masakan juga tapi jauh la yang hehe..

ieda said...

haaa berjaya juga ..
sedap nampak tuu .. mai sepiring dik ! :)

Daddy Ziyyad said...

Wife saya kalau buat spagetti bolognese ni, dia akan tanya saya, nak yg resepi pure mat saleh ke, atau resepi yg dah modified ala ala tekak melayu punya..hahaha

sW33tdARLiNG said...

meh kita berjiran

Run Away said...

dah mcm pro masak spegeti neh...;d

Run Away said...

dah mcm pro masak spegeti neh...;d

NeoBalanoCarpus said...

bila plak nak wat open house utk follower/rakan blogger?..ehehehe.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

syabas bete....

padalah i pun tak pernah buat juga...hehehehhe...

abghani said...

spageti i like

Mommy Fara said...

Sy selalu guna Prego then olah jdk pedas...paling sdp klu guna ayam atau tuna. Wow! Yummeh!

Spageti awak bt sy lapar!

makdara TERdiva said...

seronok kalau dpt jiran2 yg spoting-moting & ramah-tamah..

minggu ni turn open house di kg MDT plak :D

halila Ibrahim said...

ermmm ... selalunya sy akan tambah cendawan n sosej .. bg pekat kuah ...

fairus said...

TAHUN LEPAS PERGI RUMAH MEMBER BERAYA DIA HIDANGKAN SPAGETTI.. CUBA JUGA MAKAN, TAPI TAKLEH MASUK LE...

Anna Qawina said...

aslmkm...
32 tahun? hmmm..kita 31 tahun..hehe..kiranya lbh kurang sebaya lah nih..adeeii..

sumur idop x pernah buat & makan..ni lagi jakun..hehe

umie mia said...

wah wah nampak sedap ^_^

Dr. Ben said...

kuah tu nampak cair sangat?

ajumohit said...

jemputla aju dtg umah, aju penggemar spagetti yg tegarr!!! hehehehe...untung berjirankan noriz, msti pening kapla memikir nk masak apa kan....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy lak kalau x nk bg spagetthi tu melekat masa rebus tu dah siap-siap taruk minyak masak sikit..

sy pon suka guna sos kimball utk buat kuahnya..


p/s: keje kat UTM kan?

dill said...

nak sikit! nyam nyam!

dill.

Sharinginfoz said...

my daughter kalau tengok mesti suka sakan ni...

ORLANDO AHMAD said...

dill: meh saye suap



kak, akak kuat pedas ek? saye yg darah campor german+n9 ni tak kuat pedas ngeh3

Idah said...

pandai noriz buat w'pun first tima tetap menjadi...yg ptg. licin

gedek! said...

kalau buat laksa johor bagi tau eh? My feveret!

Dia pon pakai spagethi kan?

anisalya said...

nampak macam sedap je spaghetti tu. tapi setakat sy tgk yg org msk, time merebus tu la diaorg letak myk dgn garam sikit. tak nak bg melekat. tapi mana2 pun blh kot asal blh makan. hehehe...

アヌム ちゃん said...

nyum2 1st time buat pun mesti sedap tuu.heeeeee

LiLy @ MumMyQiStInA said...

ktorg pun baru lepas mkn spaghetti..hubby yg msk.. ;)
Bestlah dpt jiran2 mcm jiran Noris ni..saling bekerjasama.. ^_^

Papa Mifz said...

wife papa mifz selalu gak wat spegety nih...sgt sodap hingga menjilat garpu...;)

Hairil Rizal said...

Oh, lupa parmesan cheese dgn cendawan butang? Takpe...next time boleh masukkan. Lagi sedap.


Kuah tu boleh try masukkan Oregano. Masukkan sikit sikit dan try rasa smpai cukup rasa. Kasi kita punya spaghetti lebih Italiano gitu. Hehe!


Minyak zaitun tu..boleh masukkan sekali masa rebus spaghetti. InsyaAllah tak melekat :)

~izan~ said...

izan masukkan minyak masa rebus spageti tu ehehe.

kita masak benda yg sama kak masa jiran dtg. tp izan pakai oregano dan lain2 italian herbs utk rasa lebih itali la konon hehe..tp mmg simple masak2 mcm ni..senang dan sedap!~

A.S.Didik Rayyan & Rifqi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers